21 August 2004

Latar Belakang Persatuan Peduduk Cakera Purnama (Puncak3)

Blog ini disiarkan khusus untuk menjadi medan komunikasi secara maya dikalangan ahli Persatuan Penduduk Cakera Purnama Bandar Puncak Alam dan semua warga penduduk Seksyen 12 ( Fasa 3) , Bandar Puncak Alam, 42300 Selangor.

Idea penubuhan Persatuan Penduduk ini dicetuskan dalam pertemuan AidilFitri tahun 2001 di mana ketika itu haya terdaat lebih kurang 31 keluarga sahaja yang menduduki Fasa 3, Puncak Alam.

Setelah merasakan kepentingan kesepakatan dan berapa besarnya keuntungan hasil dari muafakat maka terhasillah perjumpaan pertama (mesyuarat) di kalangan penghuni di waktu itu pada tanggal 1 Jan 2002 di rumah En. Abu Samat (No. 19, LCP 12/13B).

Satu AJK Penaja telah ditubuhkan & usaha pendaftaran persatuan terus dijalankan. Alhamdulillah pendafatran persatuan telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 degan nombor daftar 399 pada 24hb.Febuari,2003. 


  Pada 25Hb.Mei,2003 satu usul dalam Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan telah mencadangkan agar nama Pesatuan diubah kepada Persatuan Penduduk Cekera Purnama (Puncak3) Bandar Puncak Alam. Nama ini lebih sesuai memandangkan nama-nama jalan di Fasa 3 atau Seksyen 12, Bandar Puncak Alam di menggunakan pakai Lorong Cakera Purnama. Atas dasar inilah pindaan dilakukan dan telah diluluksan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan pada 8hb.Mac 2004 yang lalu.

  Antara isu utama yang diperjuangkan oleh persatuan ketika itu (2001 - 2003) adalah bagi mendapatkan sebuah surau sebagai tempat ibadah serta tempat kesatuan penduduk. Maka dengan berkat usaha serta keizinanNya terbinalah sebuat surau du kawasan hijau dai Fasa 3A2. Sejak daripada itu dengan kerjasama erat dan komitmen semua penduduk berbagai aktiviti telah dapat dijalankan demi kepentingan bersama.

  Isu-isu yang sedang diperjuangkan kini adalah pewujudan prasarana seperti talian telefon, pusat kesihatan awam, Sekolah Agama, penurapan jalan, keperluan bonggol jalan, serta isu-isu berkaitan rumah dan isu-siu keselamatan.

Persatuan in boleh dihubungi di alamat

Persatuan Peduduk Cakera Purnama (Puncak3)
No. 16, Lorong Cakera Purnama 12/13B,
Seksyen 12, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor

No comments: