21 August 2004

HARI KELUARGA PUNCAK 3 TAHUN 2004

Dengan penuh semangat untuk mencapai matlamat "mengeratkan silaturrahim sesama ahli" Persatuan Penduduk Cakera Purnama (PUNCAK3) dengan bangganya akan menganjurkan program tahunannya iaitu, Hari Keluar Puncak 3 yang akan diadakan pada 5 September 2004 (hari ahad jari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari) bertempat di padang Permainan Fasa 3A3.

Tuan Mejar Alias Mat, Setiausaha PPCPPA ketika dihubungi menjelaskan Program Hari Keluarga tahun ini diserikan dengnan pelbagai aturcara dan permainan untuk kanak-kanak, dewasa dan keluarga. Pelbagai hadiah dan cabutan bertuh disediakan" Hadiah berbentuk "Basikal Mauntain Bike" merupakan hadiah yang di menjadi rebutan utama pada hari berkenaan. Pengajujr juga akan menyediakan makan tengahari dan gerai sarapan dan minuman juga disediakan disepanjang aturcara program tersebut.

 

Bagi ahli persatuan dan para penduduk yang lama dan yang baru berpindah ke kawasan Fasa 3 Bandar Puncak Alam adalah dipelawa menyertai hari istimewa ini. Walaubagaimana pun mereka yang berminat menyertai dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Cara mendaftar adalah dengan menngisi borang (Borang boleh diperolehi melalui ketua blok masing-masing, Tuan Setiausaha) dan dikembalikan sebelum 22 Ogos 2004 kepada AJK Puncak3 seperti berikut;

1. En. Rosli Hamid - 16 LCP 12/13B - 0192702749

2. Mejar Alias - 71 LCP 12/12 - 0126367850

3. En. Azri - 22 LCP 12/27  p; - 0192306643

4. En. Azlan - 23, LCP 12/12 &nbssp; - 0193586264

Yuran penyertaan dikenakan hanya sebanyak RM 20.00 setiap keluarga ahli PPCPPA manakala keluarga yang belum sempat mendaftar menjadi ahli PPCPPA juga boleh turut serta dengan membayar RM 50.00 satu keluarga ( RM 20.00 penyertaa dan RM 30.00 yuran masuk menjadi ahli PPCPPA.

No comments: