23 May 2009

Kemalangan Di Simpang Masuk Puncak Alam






Kemalangan di simpang masuk Bandar Puncak Alam

PUNCAK ALAM : 22.05.2009 - Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motorsikal berlaku malam semalam di persimpangan masuk ke Bandar Puncak Alam.


Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar jam 8.30 malam itu, sebuah
kereta Proton Wira telah cuba membelok masuk ke persimpangan tersebut
dari arah Lebuhraya Puncak Alam tanpa menyedari ada motorsikal datang
dari arah Meru. "Saya tidak nampak ada motor datang arah tersebut,"
ujar pemandu tersebut yang merupakan seorang penduduk di Fasa 2 yang terkejut apabila motorsikal tersebut merempuh bahagian sisi hadapan keretanya.

Impak rempuhan menyebabkan mangsa tercampak ke atas cermin hadapan kereta tersebut.

Tinjauan PAnet di tempat kejadian mendapati mangsa yang mengalami patah tulang
betis kanan terbaring di atas bumbung kereta yang dirempuhnya sementara
menunggu ketibaan ambulan.

Anggota polis yang secara kebetulan sedang melakukan rondaan membantu mengawal lalulintas di kawasan kemalangan. Maklumbalas daripada pengguna jalanraya yang berhenti turut menyatakan kebimbangan berkaitan lalulintas yang agak sibuk di laluan itu, hingga menyukarkan pemandu untuk membelok masuk.Warga Bandar Puncak Alam yang ditemui di tempat kejadian bersependapat bahawa pihak berkuasa tempatan harus menyediakan lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan yang sering berlaku di situ.

Dalam satu kejadian berasingan yang berlaku 2 malam yang lalu, satu kemalangan turut berlaku di selekoh laluan berhampiran. Kejadian tersebut berlaku pada sekitar jam 7.45 malam itu melibatkan sebuah kereta Perodua Kelisa yang telah terbabas ke atas pembahagi jalan.

Tinjauan PAnet mendapati lampu jalan di Persiaran Puncak Alam 3 itu tidak
berfungsi, dan dimaklumkan lampu tersebut tidak menyala semenjak minggu lepas.

Keadaan yang gelap ditambah dengan keadaan trafik yang sibuk itu boleh mengakibatkan kemalangan berlaku. Penduduk turut meminta pihak Majlis Daerah Kuala Selangor untuk mengambil tindakan secepat mungkin.

sumber: http://www.puncak-alam.net/berita-tempatan/2009/kemalangan-di-simpang-masuk-puncak-alam.html


20 May 2009

Mesyuarat Agong Tahunan PPCPC ke 7

Mei 2009, Mesyuarat Agong Tahunan ke7, Persatuan Penduduk Cakera Purnama (PPCPC) bertempat di Fasa 3, Bandar Puncak Alam. Mesyuarat telah diadakan pada tarikh tersebut. Mesyuarat meriah dengan kehadiran lebih 40 orang ahli itu dirasmikan oleh Tuan Haji Zainal bin Omar. Antara isu-isu yang dibahaskan ialah berkaitan dengan masalah Kecurian, isu masaalah pelajar sekolah (displin) di mana pelajar merokok berpakaian sekolah, kemalangan jalan raya dan dadah,ponteng dan lain2. AJK Persatuan bagi sesi 1999 - 2012.


1 Pengerusi - Haji Zainal Bin Omar
2 Timbalan Pengurusi - En.M.Shahruddin @ Mj
3 Setiausaha En.mhd Haliza@bob
4 Timbalan Setiausaha - En.Roslan Bin M.affendi
5 En.Rosli Bin Saad
6 Meja (Bendahari B) Mohd Suhaimi Bin Saad
AJK
7 Puan Sharifah Bt.Kamis
8 Haji Shamsuddin Bin Madawi
9 En.Norzi Azlan Bin Mat
10 En.Azhar Bin Alias
11 En.Abdul Rahman
12 En.Norlizam Bin Awalludin
13 En. Nor Azizan Bin Mohamad
14 Puan.Nor Azlin
15 En.Shariff Bin Salleh
16 Puan Zaharin Bt Zahari
18 En.Raduan Bin Adnan
019-3880802

2 ditembak mati

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

mfirdaus@hmetro.com.my















PETALING JAYA: Selepas 11 hari diburu, dua penjenayah yang disyaki
terbabit dalam kes samun dan bunuh di Puncak Alam, dekat Shah Alam,
ditembak mati sepasukan polis di Damansara Kim, dekat sini, malam tadi.

Dalam
kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua suspek baru menculik
seorang lelaki warga Myanmar di kawasan berhampiran bagi tujuan peras
ugut.

Namun, ketika cuba membawa mangsa untuk mengeluarkan wang
di mesin juruwang automatik (ATM), penjenayah terbabit terserempak
sepasukan polis yang kebetulan meronda di kawasan itu.

Berikutan
itu, kedua-dua lelaki cuba melarikan diri dengan menggunakan sebuah
Honda Civic yang dipercayai dicuri di Subang Jaya dan pada masa sama
menjadikan mangsa sebagai tebusan.

Bagaimanapun, mereka hanya mampu memecut sejauh 1.5 kilometer sebelum dikepung polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan,
berkata sebaik dikepung seorang daripada suspek keluar dari kereta
dengan bersenjatakan parang dan terus menyerang polis.

“Polis
terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Menyedari
rakannya ditembak, seorang lagi suspek bersenjatakan pistol melarikan
diri ke arah bangunan berhampiran namun terserempak dengan anggota
polis.

“Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah
polis sebelum dia ditembak mati,” katanya ketika ditemui di tempat
kejadian, malam tadi.

Menurutnya, polis turut menemui seorang
warga Myanmar dalam kereta suspek dipercayai diculik bagi tujuan peras
ugut oleh kedua-dua penjenayah.

“Siasatan awal mendapati
kedua-dua suspek terbabit bersama tiga lagi rakannya yang masih bebas
menculik, menyamun dan membunuh seorang lelaki di sebuah ladang kelapa
sawit di Puncak Alam, 10 Mei lalu.

“Kita yakin kerana seorang
daripada suspek kelihatan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
ketika mereka cuba mengeluarkan wang bersama-sama mangsa di sebuah
mesin ATM.

“Kedua-dua suspek juga didapati baru dibebaskan dari Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor,” katanya.

sumber :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090520073249/Article/index_html