31 March 2009

Musibah lagi di kawasan kita..

Assalammualaikum

Minggu lepas pada hari jumaat 27hb telah berlaku satu kejadian pecah rumah di kawasan 3a3. Mangsa adalah sahabat kita saudara Rosli Ridwan yang tinggal di 23 lcp 12/28. Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 pagi – 2 ptg ketika tiada sesiapa di rumah.

Perompak telah berjaya memasuki rumah beliau dengan cara mengumpil tingkap depan dan grill bahagian dalam tingkap, antara barang yang dicuri adalah, laptop, barang kemas, kamera digital dan handphone. Anggaran kerugian sekitar RM6 ribu lebih. Menurut beliau juga pada hari sebelumnya rumah jiran selang beberapa pintu telah diumpil tingkap depan tetapi perompak tak berjaya memasuki rumah kerana grill bahagian dalam gagal dipecah.

Beliau turut menasihati sahabat dan jiran sekeling agar grill tingkap bahagian dalam ditukar dan ditebuk bahagian dalam rangka grill terus kedinding tingkap berbanding dari jenis telinga dibahagian tepi grill. Pada hari yang sama juga, sebuah lagi rumah di alam suria shah alam 2, turut dipecah masuk dan kejadian disahkan oleh pihak polis telah dilakukan oleh perompak yang sama kerana cara rumah dipecah masuk adalah sama seperti yang dilakukan keatas rumah saudara Rosli.
Nampaknya sejak kebelakangan ni, kawasan perumahan kita sering menjadi tumpuan perompak untuk melakukan aktiviti mereka diwaktu siang hari.

Ramai diantara kita yang keluar bekerja dan rumah ditinggalkan kosong, kalau ada pun suri rumah sepenuh masa, boleh dibilang dengan jari, jadi pada mereka jugalah kita harapkan agar dapat menjadi mata dan telinga untuk membantu memaklumkan kepada pihak berkuasa atau jiran berhampiran sekiranya ternampak sesuatu yang mencurigakan berlaku sekitar kawasan kejiranan kita.

Antara saspek yang telah dikenal pasti adalah, sebuah proton aeroback warna merah yang dinaiki oleh 2 lelaki dan 1 perempuan – kes rompak barang kemas di 3a1 dan iswara salon warna biru – kes rompak rumah saudara Rosli.

Sekiranya warga puncak 3 lebih perihatin dan inginkan keamanan, jangan segan silu untuk terus menghubungi pondok polis berhampiran bagi meghindari kes yang sama melanda diri kita pula.
Sekian laporan dari Timb AJK Keselamatan Puncak 3.

No Tal Pondok Polis Puncak Alam : 03 – 3392 0178
No Tal Balai Saujana (24Jam) : 03 – 6038 2222
No Tal Bilik Gerakan Kuala Selangor (24 Jam) : 03 – 3281 3853

sumber: norzi azlan <spydee04@yahoo.com> dari puncak3 groups