20 May 2009

Mesyuarat Agong Tahunan PPCPC ke 7

Mei 2009, Mesyuarat Agong Tahunan ke7, Persatuan Penduduk Cakera Purnama (PPCPC) bertempat di Fasa 3, Bandar Puncak Alam. Mesyuarat telah diadakan pada tarikh tersebut. Mesyuarat meriah dengan kehadiran lebih 40 orang ahli itu dirasmikan oleh Tuan Haji Zainal bin Omar. Antara isu-isu yang dibahaskan ialah berkaitan dengan masalah Kecurian, isu masaalah pelajar sekolah (displin) di mana pelajar merokok berpakaian sekolah, kemalangan jalan raya dan dadah,ponteng dan lain2. AJK Persatuan bagi sesi 1999 - 2012.


1 Pengerusi - Haji Zainal Bin Omar
2 Timbalan Pengurusi - En.M.Shahruddin @ Mj
3 Setiausaha En.mhd Haliza@bob
4 Timbalan Setiausaha - En.Roslan Bin M.affendi
5 En.Rosli Bin Saad
6 Meja (Bendahari B) Mohd Suhaimi Bin Saad
AJK
7 Puan Sharifah Bt.Kamis
8 Haji Shamsuddin Bin Madawi
9 En.Norzi Azlan Bin Mat
10 En.Azhar Bin Alias
11 En.Abdul Rahman
12 En.Norlizam Bin Awalludin
13 En. Nor Azizan Bin Mohamad
14 Puan.Nor Azlin
15 En.Shariff Bin Salleh
16 Puan Zaharin Bt Zahari
18 En.Raduan Bin Adnan
019-3880802

2 ditembak mati

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

mfirdaus@hmetro.com.my















PETALING JAYA: Selepas 11 hari diburu, dua penjenayah yang disyaki
terbabit dalam kes samun dan bunuh di Puncak Alam, dekat Shah Alam,
ditembak mati sepasukan polis di Damansara Kim, dekat sini, malam tadi.

Dalam
kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua suspek baru menculik
seorang lelaki warga Myanmar di kawasan berhampiran bagi tujuan peras
ugut.

Namun, ketika cuba membawa mangsa untuk mengeluarkan wang
di mesin juruwang automatik (ATM), penjenayah terbabit terserempak
sepasukan polis yang kebetulan meronda di kawasan itu.

Berikutan
itu, kedua-dua lelaki cuba melarikan diri dengan menggunakan sebuah
Honda Civic yang dipercayai dicuri di Subang Jaya dan pada masa sama
menjadikan mangsa sebagai tebusan.

Bagaimanapun, mereka hanya mampu memecut sejauh 1.5 kilometer sebelum dikepung polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan,
berkata sebaik dikepung seorang daripada suspek keluar dari kereta
dengan bersenjatakan parang dan terus menyerang polis.

“Polis
terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Menyedari
rakannya ditembak, seorang lagi suspek bersenjatakan pistol melarikan
diri ke arah bangunan berhampiran namun terserempak dengan anggota
polis.

“Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah
polis sebelum dia ditembak mati,” katanya ketika ditemui di tempat
kejadian, malam tadi.

Menurutnya, polis turut menemui seorang
warga Myanmar dalam kereta suspek dipercayai diculik bagi tujuan peras
ugut oleh kedua-dua penjenayah.

“Siasatan awal mendapati
kedua-dua suspek terbabit bersama tiga lagi rakannya yang masih bebas
menculik, menyamun dan membunuh seorang lelaki di sebuah ladang kelapa
sawit di Puncak Alam, 10 Mei lalu.

“Kita yakin kerana seorang
daripada suspek kelihatan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
ketika mereka cuba mengeluarkan wang bersama-sama mangsa di sebuah
mesin ATM.

“Kedua-dua suspek juga didapati baru dibebaskan dari Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor,” katanya.

sumber :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090520073249/Article/index_html


12 April 2009

Jalan tanah merah perlu perhatian



SHAH ALAM 2 – Sebahagian pengguna jalan alternatif menghubungkan Kampung Bukit Hijau dengan Puncak Alam di sini, memohon keprihatinan pihak berwajib membaik pulih jalan berkenaan.

Jalan tanah merah sepanjang kira-kira 100 meter yang berlubang dan sempurna itu kini menjadi laluan penting penduduk setempat termasuk ambulan untuk ke hospital berdekatan.

Seorang pengguna, Ahmad Sufaat berkata, jalan alternatif berkenaan mampu menyingkatkan perjalanan untuk ke Jeram dan ke Klang namun keadaan tidak sempurna menyukarkan mereka melaluinya.

“Saya dimaklumkan jalan berkenaan di bawah Pembangunan Luar Bandar (PLB) Pejabat Daerah Kuala Selangor namun kurang pasti sama ada ia di bawah tanah rizab kerajaan atau milik individu kerana hanya separuh jalan diturap.

“Namun, jalan berkenaan sekiranya dapat diselenggara akan memudahkan penduduk dan masyarakat luar untuk menggunakannya berbanding menggunakan jalan di Ijok yang mengambil masa lama,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Saadon Saman berkata, jalan berkenaan sering digunakan penduduk setempat dan orang awam untuk ke kawasan Jeram atau Klang lebih cepat.

Katanya, sebelum kawasan itu diwujudkan kawasan penempatan, jalan berkenaan menjadi jalan pintas remaja merempit atau penjenayah sehingga menyukarkan pihak pengawal keselamatan mengawal keadaan apabila ada kes jenayah.

“Tetapi, walaupun jalan berkenaan rosak atau lecak ketika musim hujan, orang ramai pasti melaluinya bagi menggelakkan menggunakan jalan berliku di Ijok terutamanya masyarakat luar yang pulang ke kampung ketika musim cuti sekolah.

“Namun, jalan berkenaan ada baik dan buruknya kepada penduduk setempat dan pengguna termasuk saya kerana jalan berkenaan tidak sesak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Sumber: Sinar Harian-12/4/2009

31 March 2009

Musibah lagi di kawasan kita..

Assalammualaikum

Minggu lepas pada hari jumaat 27hb telah berlaku satu kejadian pecah rumah di kawasan 3a3. Mangsa adalah sahabat kita saudara Rosli Ridwan yang tinggal di 23 lcp 12/28. Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 pagi – 2 ptg ketika tiada sesiapa di rumah.

Perompak telah berjaya memasuki rumah beliau dengan cara mengumpil tingkap depan dan grill bahagian dalam tingkap, antara barang yang dicuri adalah, laptop, barang kemas, kamera digital dan handphone. Anggaran kerugian sekitar RM6 ribu lebih. Menurut beliau juga pada hari sebelumnya rumah jiran selang beberapa pintu telah diumpil tingkap depan tetapi perompak tak berjaya memasuki rumah kerana grill bahagian dalam gagal dipecah.

Beliau turut menasihati sahabat dan jiran sekeling agar grill tingkap bahagian dalam ditukar dan ditebuk bahagian dalam rangka grill terus kedinding tingkap berbanding dari jenis telinga dibahagian tepi grill. Pada hari yang sama juga, sebuah lagi rumah di alam suria shah alam 2, turut dipecah masuk dan kejadian disahkan oleh pihak polis telah dilakukan oleh perompak yang sama kerana cara rumah dipecah masuk adalah sama seperti yang dilakukan keatas rumah saudara Rosli.
Nampaknya sejak kebelakangan ni, kawasan perumahan kita sering menjadi tumpuan perompak untuk melakukan aktiviti mereka diwaktu siang hari.

Ramai diantara kita yang keluar bekerja dan rumah ditinggalkan kosong, kalau ada pun suri rumah sepenuh masa, boleh dibilang dengan jari, jadi pada mereka jugalah kita harapkan agar dapat menjadi mata dan telinga untuk membantu memaklumkan kepada pihak berkuasa atau jiran berhampiran sekiranya ternampak sesuatu yang mencurigakan berlaku sekitar kawasan kejiranan kita.

Antara saspek yang telah dikenal pasti adalah, sebuah proton aeroback warna merah yang dinaiki oleh 2 lelaki dan 1 perempuan – kes rompak barang kemas di 3a1 dan iswara salon warna biru – kes rompak rumah saudara Rosli.

Sekiranya warga puncak 3 lebih perihatin dan inginkan keamanan, jangan segan silu untuk terus menghubungi pondok polis berhampiran bagi meghindari kes yang sama melanda diri kita pula.
Sekian laporan dari Timb AJK Keselamatan Puncak 3.

No Tal Pondok Polis Puncak Alam : 03 – 3392 0178
No Tal Balai Saujana (24Jam) : 03 – 6038 2222
No Tal Bilik Gerakan Kuala Selangor (24 Jam) : 03 – 3281 3853

sumber: norzi azlan <spydee04@yahoo.com> dari puncak3 groups


22 January 2009

15 October 2008

Imej Bandar Puncak Alam

Peta Bandar Puncak Alam di petik dari googlemap.


Inilah Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor dilihat dari atas langit (google map). Kawasan yang diliputi dalam imej ini bermula dari Fasa1, Fasa 2, Shah Alam 2 dan Fasa 3 B. Bandar Puncak Alam. (klik pada imej jika ingin lihat imej yang lebih besar.)



Di bawah ini  pula imej di  Fasa 3A1, Bandar Puncak Alam. Bahagian bertanda biru tu menunjukkan lokasi Surau Haji Ismail.


Di bawah ini pula imej keseluruhan Fasa 3, Bandar Puncak Alam meliputi Fasa 3A1, 3A2 d an 3A3  


Di bawah ini pula imej kawasan Fasa 3A3 Bandar Puncak Alam (serta sebahagian Fasa 3A2.)


15 September 2008

AJK Persatuan 2008-2009

Dalam mesyuarat Agong yang lalu, mesyuarat telah memutuskan tiada perlantikan dibuat, oleh yang demikian, PPCPPA masih mengekalkan barisan jawatankuasa yang sama bagi menerajui persatuan bagi tahun 2008-2009. Berikut adalah senarai barisan ahli jawatankuasa persatuan-

Pengerusi - Tuan Hj Zainal bin Omar (Tel: 0173796565)
Timb. Pengerusi - En. Alias bin Md Zin (Tel: 0195557533)
Setiausaha - Mejar Mohd. Daud bin Sulaiman (Tel:0193480778)
Bendahari - Mej(B) Mohd. Suhaimi bin Saad (Tel:0192776435)
Timb. Bendahari - En. Mohd. Noor Sham bin Rahmat (Tel:0172998721)

Biro Perhubungan
Ketua - Tuan Haji Amran Idris
Timbalan - En. Shamsul bin Zakaria

Biro Keselamatan -
Ketua - En. M. Shaharuddin bin Salleh.
Timbalan - En. Abd. Rahman bin Awang
- En. Norzi Azlan bin Mat
- En. Abd. Hadi bin Abd. Rahman

Biro Agama & Kebajikan
Ketua - En. Norazizan bin Mohamad
Timbalan - En. Fadhil bin Siroon
- En. Azmi bin Semail

Biro Tugas-tugas Khas
Ketua - En. Rosli bin Rizuwan
Timbalan - En. Wan Zailani bin Wan Mansor
- En. Faizal bin Hamzah

Biro Pendidikan
Ketua - En. Rosli bin Hashim

Biro Sukan & Rekreasi
Ketua - En. Mhd. Haliza bin Hamzah
Timbalan - En. Azhar bin Alias

Biro Wanita
Ketua - Pn. Zaharin bt. Zahari
Timbalan - Pn. Nor Sharifah bt. Kamis
- Pn. Norazlin Othman
- Che Mahani bt. Khalid

sumber : Buletin Puncak 3 bil.1/2008